30 Disember 2011

Dua premis disamun

5 Safar 1433H. [MOD] -

PORT DICKSON- Dua pemilik premis melalui detik mencemaskan apabila mereka di samun dua lelaki bersenjatakan pistol, di sekitar daerah ini, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, kedua-dua suspek melepaskan dua das tembakan, sebelum merompak pemilik kedai dan sebuah gudang di kawasan berasingan.

Mangsa, Sam Wan Su, 70, yang juga pemilik kedai runcit di Linggi berkata, kejadian berlaku ketika dia sibuk melayan pelanggan.

Katanya, secara tiba-tiba datang dua lelaki yang memakai topi keledar mengarah­kannya keluar tetapi dia langsung tidak mempedulikan arahan me­­reka.

“Marah dengan sikap saya yang tidak menghiraukan mereka. datang seorang lelaki dan mengacukan pistol ke arah saya lalu melepaskan tembakan ke arah kaunter.

"Selepas itu, rakannya menyeluk poket seluar saya dan mengambil wang tunai sebelum menyelongkar di kaunter bayaran,” katanya yang kerugian lebih RM800.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebuah gudang besi buruk di Batu 10, di sini, turut disamun dipercayai oleh suspek sama.

Pemilik gudang, M Letchumanan, 41, berkata, dia didatangi dua lelaki yang mendakwa mahu menjual barang.

“Kemudian, mereka terus mengeluarkan pistol dan mengacunya ke dada saya sebelum meminta wang.

“Bimbang keselamatan diri, saya serahkan RM100 kepada mereka,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Zulkifli Adam mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Sinar Harian

Tiada ulasan: