Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd Nor berkata, mayat lelaki berumur 42 tahun itu dijumpai di atas katil dalam sebuah bilik rehat di belakang restoran berkenaan kira-kira jam 6 petang oleh pemilik kedai, Mustaffa Abu Bakar, 55, selepas terhidu bau busuk.
Menurutnya, bagi memastikan punca bau busuk tersebut, Mustaffa membuka pintu bilik berkenaan dan terkejut apabila mendapati terdapat mayat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel, terbaring mengiring di atas katil.
“Simati yang beralamat di kampung sama dipercayai penagih dadah ditemui dalam keadaan sudah berbau dan membengkak,” katanya.
Noor Zainy berkata, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri di tempat kejadian tetapi pengecaman identiti lelaki itu dilakukan anak saudaranya.
Menurutnya, anak saudara lelaki itu memberitahu, bapa saudaranya yang masih bujang dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kelihatan murung sejak belakangan ini kerana dia disyaki HIV positif.
Sementara itu, pemilik kedai berkenaan berkata, dia tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ini dan mengenali si mati selain tidak mengetahui bila dia masuk ke bilik itu.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan mendapati tidak ada sebarang kecederaan ditemui serta kematiannya tidak ada unsur jenayah.
Katanya, hasil siasatan mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod lampau di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh di Kuantan, Pahang beberapa tahun lalu.
Sangka bau bangkai haiwan Sementara itu, Mustaffa berkata, dia tidak menyangka sama sekali bau busuk di belakang kedai makannya rupa-rupanya adalah mayat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel yang dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia.
Katanya, sehari sebelum mayat itu ditemui, dia telah terhidu bau di kawasan bekas bilik pekerjanya yang kini dijadikan bilik stor, namun menyangka ia mungkin bangkai tikus atau haiwan lain.
“Sehari sebelum itu, ketika mahu ke bilik di belakang kedai, saya perlu melalui lorong yang memisahkan belakang dapur kedai makan dan bilik, sebelum saya terhidu bau busuk tetapi tidak mengendahkannya kerana baunya tidak begitu kuat dan ingatkan ia bangkai haiwan.
“Tapi kelmarin hati saya terdetik untuk melihat kerana baunya semakin kuat,” katanya yang masih terkejut. Sebaik menyedari ada mayat lelaki di atas katil dia terus memberitahu jiran sebelum menghubungi polis.
Kata Mustafa lagi, dia telah lama tidak masuk ke dalam bilik yang tidak berkunci itu namun dia tidak menolak kemungkinan lelaki itu mmemasuki bilik tersebut pada hari Sabtu kerana hari tersebut dia tidak menjalankan perniagaan.
Namun ketika dia menjalankan perniagaan semula pada hari Ahad dia langsung tidak memasuki bilik itu sehinggalah mayat lelaki yang tidak kenalinya itu kelmarin.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan