Insiden pada jam 6.30 pagi itu disebabkan struktur tanah yang lembut yang dipercayai berlaku kebocoran saluran paip bawah tanah.
Sebuah kereta jenis Hyundai Matrix ranap manakala Honda CRV pula mengalami pecah cermin selain kemek di bahagian bumbung.
Tiga kenderaan lain yang terlibat adalah Toyota Altis, Proton Exora dan Mitsubishi Lancer.
Pemilik Hyundai Matrix, R Manimaran, 32, berkata, dia menyedari kejadian itu ketika mahu keluar ke tempat kerja di sebuah syarikat pembinaan pelan di Gunung Rapat pada jam 8 pagi.
Menurutnya, kereta itu dipinjamkan daripada syarikatnya di Kuala Lumpur sejak tiga hari lalu dan menginap di hotel berkenaan sejak seminggu yang lalu.
“Saya bertuah kerana tidak berada dalam kenderaan berkenaan ketika kejadian dan pada masa sama, kereta itu bukan milik saya sendiri.
Saya agak terkejut berikutan tiada kejadian ribut berlaku pagi ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Seorang mangsa, Jamiah Abd Kadir, 65, yang berasal dari Johor Bharu, Johor berkata, dia bersama tiga anaknya dalam perjalanan menghadiri seminar di Pulau Pinang dan baru petama kali menginap di hotel berkenaan.
Katanya, dia menyedari kereta jenis Honda CRV miliknya terlibat dalam insiden itu setelah dimaklumkan oleh pengurus hotel pada jam 8 pagi.
“Kami mengalami kerugian besar dalam kejadian ini dan mungkin membatalkan perjalanan kami ke Pulau Pinang berikutan keadaan kenderaan yang rosak teruk.
“Kami akan berjumpa dengan pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi membincangkan kerugian yang kami alami selain membuat laporan polis berhubung kejadian ini,” katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim berkata, pihaknya akan menyiasat punca kejadian serta menilai jumlah kerugian yang dialami pemilik kenderaan yang terlibat.
“Kejadian mungkin berpunca dari air bawah tanah. Pokok setinggi sembilan meter itu ditanam sejak tahun 1992. “Kita telah melantik pihak konsultan dan insurans bagi membuat siasatan serta membantu pemilik kenderaan,” katanya.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan