Banyak perkara pelik yang sukar dijangka telah berlaku, namun ini bukanlah tanda-tanda khiamat. Suka saya senaraikan perkara tersebut untuk perhatian semua:
Bil | Tempat | Peristiwa | Komen |
1 | Makkah | Walaupun berada depan kaabah tetapi solat tidak mengadap kaabah. | Adakah dia tidak nampak kaabah itu |
2 | | Walaupun orang ramai bertawaf di keliling kaabah, tetapi apabila turun dengan niat hendak tawaf ada ruang untuk kita | Kita tetamu Allah pasti Dia menerima kita |
3 | | Walau panas terik, tidak terasa panas lantai tawaf. | Teknologi orang beriman |
4 | | Walaupun masih ada ruang untuk masuk ke dalam masjid tetapi ada orang (Afrika dan Pakistan) yang lebih suka solat di luar masjid. | Mereka menolak fadilat yang Allah tawarkan sebaliknya menyangka semuanya sama |
5 | | Selepas saei lelaki disunatkan bercukur, harga untuk satu kepala SAR10 di Makkah tetapi SAR35 di Mina | Demi sunnah mahalpun tidak mengapa. |
6 | | Walau pun ada hukum hudud, ramai juga budak hitam tak takut mencuri | Itulah kalau tidak takut kepada Allah |
7 | | Apabila azan dikumandangkan semua peniaga tutup perniagaan tanpa sebarang kunci | Allah menjaga barangan mereka daripada kecurian |
8 | | Walaupun jauh jarak hotel dengan masjidilharam, jemaah haji sanggup menapak tanpa rasa letih | Niat kerana Allah akan dibantu |
9 | | Setiap orang Asia yang datang mengerjakan haji akan merasai batuk, demam dan selesema | Ujian untuk mencari siapa yang sabar |
10 | | Jarang nampak bangsa lain batuk, buktinya waktu solat tidak dengar suara batuk dalam kalangan mereka. | Cuaca mereka sama dengan Arab |
11 | | Waktu solat di surau hotel, tidak boleh seorang batuk nanti akan sahut menyahut batuknya | Pesta batuk fenomena biasa. |
12 | Arafah | Waktu orang ramai berzikir dan beribadah selepas zohor hingga terbenam matahari ada yang tidur atau bersembang | Mereka lupa doa dan ibadah di Arafah besar pahalanya |
13 | Muzdalifah | Jemaah haji wajib bermalam di Muzdalifah tapi sebahagian kami sampai berpagi malah hampir tengah hari. | Ini adalah ujian kesabaran |
14 | Mina | Ustaz sakit tekak sudi menjadi imam solat, dia terlupa yang makmum di belakang tidak dengar bacaan dan pergerakan iman | Imam perlu sedar diri tentang kemampuannya. |
15 | | Tandas tidak banyak, tapi penggunanya waktu masuk ke dalamnya lupa ramai sedang menunggu di luar | Kena muhasabah |
16 | | Jemaah lelaki yang tidak boleh tunggu giliran ke tandas sanggup kencing dalam botol, tetapi airnya tidak dibuang ke longkang. | Ibadah Haji tidak mempu mendidik jiwanya |
17 | | Peminta sedekah dari Afrika tunjukkan tangan kudung untuk cari simpati tetapi sebenar sesikunya dilipat dalam lengan baju. | Penipu yang tidak takut kepada Allah |
18 | Madinah | Jemaah wanita ramai tetapi tempat untuknya tidak mencukupi | Pengurusan masjid perlu lihat semula keperluan jemaah |
19 | | Walaupun dilarang polis, masih ada jemaah yang mencium mimbar di Raudhah dan pakar makam Rasulullah | Bayangkan kalau khurafat ini tidak dihalang oleh wahabi (sebenarnya itulah ajaran ahli sunnah wajamaah) pasti amalan ini berleluasa |
20 | | Sepanjang saya di Madinah (9 hari) hanya dua waktu yang tidak ada solat jenazah | Mungkin jemaah sudah semakin kurang |
21 | | Cuaca panas tetapi tiupan angin sejuk menyucuk sampai ke tulang. | Musim sejuk |
22 | | Sebanyak-banyak kedai makan semuanya dikuasai oleh orang India Muslim atau Pakistan termasuk restoran bakso Indonesia | Orang Arab sebuk dengan bisnes lain |
23 | | Nak beli makan waktu pagi dilayan seperti pengemis, wang baki dicampak sahaja | Nak sarapan juga perlukan kesabaran |
24 | | Jemaah haji belanja makan pagi seperti orang kaya-kaya; roti canai SAR3 (3 rial), bakso SAR10 dan kebab SAR5 | Mungkin kos import dari luar |
25 | | Semua kedai terutama kedai pakaian dan kurma dipenuhi jemaah kecuali waku solat kerana ditutup | Kalau tidak tutup pasti ada jemaah yang membelinya. |
26 | Malaysia | Seorang Jemaah wanita (uzur) menangis kerana menyangka anak cucunya tidak menjemputnya, padahal dia masih di bahagian dalam | Terlalu rindu kepada keluarga kerana pergi seorang diri |
27 | | Setelah 44 hari fikir soal ibadah, kini berserabut dengan masalah masyarakat, rumah tangga dan politik | Pening kepala sekejap |
28 | | Hairan melihat wanita terutama janda/ibu tunggal mudah dipujuk berkahwin di Selatan Thailand | Dia tidak tahu kesan negatif |
29 | | Hairan mendengar cerita lelaki bertitle ustaz pandai mengayatkan wanita untuk berkahwin di Selatan Thailand | Tak semua ustaz layak berpoligami |
30 | | Hairan lelaki yang mengahwini isteri cantik tetapi setelah mengecap nikmatnya sanggup mendera tubuh isterinya | Tak takut kepada larangan Allah |
31 | | Ada kawan yang dipercayai sanggup membuat fitnah sewaktu di belakang kita | Fenomena biasa golongan munafiq |
32 | | Dalam politik, orang luar parti rajin mengulas isu parti lawan dan akan kecewa kalau isu itu ditutup | Ini politik dengki yang dilarang Islam |
33 | | Isu dalam parti menjadi besar bukan kerana besar tetapi dibesarkan oleh pihak parti musuh | Inilah tindak politik yang tidak profesional |
Sebagai umat Islam kita boleh menilai kisah di atas sama ada patut berlaku atau tidak. Kalau kita rasa perkara itu bukan pelik maka sukarlah kita berubah ke arah kebaikan. Jadi, contohlah yang terbaik dan buangkan yang tidak serasi dengan Islam. Anda harus jadi mukmin profesional dalam semua tindakan kita di dunia ini.
1 ulasan:
apa yang tidak serasi dengan islam? Adakah smua benda yang tidak serasi dengan kita dianggap tidak serasi dengan Islam? Kenapa pula amalan orang jahil agama seperti mencium mimbar hendak dikaitkan dengan Wahabi? fikir-fikirkan
Catat Ulasan