6 Muharram 1433H. [MOD] -
Seorang penghuni Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil ditemui meninggal dunia di dalam lokapnya tengah hari, semalam.
Menurut sumber polis lelaki berumur 50 tahun itu ditemui mati oleh rakan selokapnya kira-kira pukul 1.20 tengah hari.
"Rakan lokapnya ingin ajak si mati makan tengah hari namun dilihat sudah meninggal dunia," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas, semalam.
Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.
Beliau berkata lelaki yang ditahan pada Isnin lalu dan direman keesokan harinya disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
- Bernama

1 ulasan:
wak masa muda2 dulu biasa juga tengok lokap polis ni. masa tu wak kawan sama seorang sarjan polis. kebetulan masa tu ada seorang tahanan curi basikal.
wak tengok satu orang mata2 india berbadan tegap, diamasuk dan terus bagi 'salam' dengan penumbuk sulung kat perut si 'pencuri' basikal tu.
mangsa terus tersungkur dan wak lihat mulut nya ber buih2, wak fikir tentu kojol.
dua tiga hari lepas tu wak terjumpa kawan sarjan tu dan tanyak sama ada yang kena penumbuk itu mati? selamba aje dia jawab, tidak.
Catat Ulasan