8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU-Tragedi menyayat hati apabila seorang bapa bersama anaknya rentung setelah kereta yang dinaiki bertembung dengan kenderaan lain selepas terbabas di Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, malam semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam, mangsa, Che Arminudin Abdullah, 42, dan anak sulungnya, Marissa Alma, 4, ditemui rentung dalam kereta jenis Toyota Rush selepas kenderaan yang dipandunya terbakar.
Manakala, pemandu Ford Ranger, Azaizurien Ahmad, 33, beralamat di Kampung Bukit Kecik Melor dan penumpangnya, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, dari Kampung Gaug Lati Pasir Mas, cedera dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selepas diselamatkan oleh orang ramai.
Jalaluddin berkata, dalam kejadian tersebut, sebuah kereta jenis Toyota Rush yang dipandu Che Arminudin dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Puteh, terbabas ke tengah jalan sebelum melanggar tiang.
Toyota Rush itu kemudiannya masuk ke arah jalan bertentangan dan bertembung sebuah Ford Ranger sebelum kedua-dua kenderaan tersebut terbakar.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Wan Ngah Wan Long berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 8.47 malam dan tiba di tempat kejadian jam 9.01 bersama sebuah jentera dengan tujuh anggota.
“Anggota mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran dan terpaksa memotong Toyota Rush terbabit sebelum mengeluarkan mayat dua beranak yang tersepit serta rentung tersebut.
“Ketika itu, anggota kami menemui kedua-dua mangsa yang rentung ini di bahagian penumpang kereta yang dinaikinya,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan