8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
JURULATIH Kuala Lumpur, Razip Ismail menuntut aksi cemerlang pemain import Emmanuel Okine menjelang pertembungan sukar menentang pasukan gergasi pantai timur, Terengganu, Sabtu ini.
Dua aksi pertahanan itu pada perlawanan persahabatan menentang Sime Darby (25 Februari) dan UiTM (28 Februari), belum cukup meyakinkan pengendali itu, walaupun Okine menunjukkan persembahan terbaiknya.
“Okine perlu buktikan kemampuannya bukan hanya pada perlawanan persahabatan, tetapi pada saingan sebenar dan mengekalkan momentum sama ketika beraksi pada dua perlawanan persahabatan,” katanya yang mengakui Okine dan Zakaria Charara semakin serasi dengan Skuad Helang Kota.
Bagaimanapun, Razip tidak mahu mengambil risiko dengan menurunkan seorang lagi penyerang import, Zakaria yang belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Bagaimanapun, keputusan muktamad bergantung kepada laporan fisioterapi.
Bertandang ke tempat lawan sebagai penghuni tercorot liga, sudah tentu kemenangan ditagih walaupun mengetahui agak sukar mengekang angkatan serangan skuad Penyu terutama Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat.
“Saya harap persembahan sama ketika menentang MP Muar (Piala FA) diteruskan dan menterjemah aksi konsisten pada perlawanan persahabatan untuk menyulitkan Terengganu meraih kemenangan mudah, sekali gus memburu kemenangan pertama.
“Pemain hanya perlu berdisiplin dan jaga gawang sendiri daripada dibolosi lawan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan