8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
SABAK FERI - Penduduk di Kampung Sabak Feri, di sini, bimbang dua rumah kosong berhampiran tangki air Perbadanan Air Pahang (Paip) dijadikan sebagai sarang penagihan dadah jika ia dibiarkan tanpa pengawasan.
Ketua Umno Cawangan Sabak Feri, Bhakhira Awang Zakaria berkata, sebuah rumah kosong dua tingkat dan sebuah lagi rumah dipercayai bekas pejabat itu sudah lama dibiarkan kosong sejak lebih dua tahun lalu.
Menurutnya, lokasi rumah tinggal itu yang terletak jauh ke dalam dan jauh dari rumah penduduk serta ditutupi semak disifatkan sebagai ‘kawasan strategik’ untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.
“Dua rumah kosong yang sudah terbiar lama ini seharusnya dipantau pihak berkuasa kerana kita khuatir tempat ini berpotensi menjadi sarang penagih,” katanya kepada Sinar Harian.
Bhakhira mengakui pernah terserempak dengan beberapa lelaki di rumah kosong itu dalam keadaan mencurigakan ketika dia keluar dari hutan berhampiran selepas mencari ulam-ulaman.
“Saya pernah terserempak dengan kelibat beberapa lelaki yang tidak dikenali keluar dari rumah berkenaan tergesa-gesa dan saya percaya mungkin ada sesuatu yang mereka lakukan di situ,” katanya.
Beliau berkata, polis perlu menjalankan intipan dan pengawasan lebih kerap bagi memastikan kawasan rumah tinggal itu bebas daripada sarang penagihan dadah serta perlakuan tidak bermoral lain.
Katanya, rumah kosong itu sebelum ini pernah menjadi sasaran pencuri yang mencuri pintu, cermin tingkap, siling, mangkuk tandas dan barangan lain.
“Barangan yang bernilai kebanyakannya sudah dikebas mereka yang tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan persekitaran tidak terurus dan rumah mengalami kerosakan teruk,” katanya.
Beliau berharap pihak berwajib dapat mengenal pasti status sebenar rumah kosong itu dan mengambil langkah terbaik bagi memastikan kawasan berkenaan tidak dicemari dengan kegiatan tidak bermoral.
“Saya berharap masalah ini dapat dibendung dengan segera kerana kita bimbang akan berlakunya peningkatan kes sosial anak muda terutama mereka yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan