8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
ALOR GAJAH - Bagi mangsa, Sabrina Taib, 38, trauma dan ketakutan masih menghantui dirinya sejak kejadian kereta jenis Proton Persona merempuh bahagian hadapan rumahnya di Batu 13, Kampung Parit Melana, Durian Tunggal, Alor Gajah pada 17 Mei tahun lalu.
Kereta yang dipandu seorang lelaki itu hilang kawalan, lalu merempuh rumah pusaka yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat ia mula terbabas.
Menurutnya, sehingga hari ini, kejadian yang menyebabkan pintu gelongsor pecah dan bumbung bahagian hadapan ranap, tidak dapat dilupakan.
Katanya, meskipun rumah milik ibu mentuanya, yang kini menetap bersama adik iparnya di Sungai Siput, Perak, telah dibaiki, kesan kejadian itu masih dirasai.
“Tak dinafikan selepas hari kejadian, hati saya tidak tenang memikirkan keselamatan keluarga, lebih-lebih lagi anak-anak. Malah, saya juga sering meminta suami, Mohd Husin Osman, 39, berpindah tetapi suami saya dapat menenangkan saya.
“Mengenangkan tiada siapa akan menjaga rumah ini dan suami juga kini semakin ramai pesakit yang datang membuat rawatan tradisional, saya kuburkan hasrat saya mahu berpindah ke tempat lain,” katanya.
Sabrina berkata, selain berdoa keselamatannya sekeluarga, dia juga sering menegah anak-anak bermain di bahagian hadapan rumah bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
“Syukur sangat kerana kemalangan itu tidak membabitkan kehilangan nyawa.
“Sebab itu, saya selalu mengingatkan anak-anak tidak berlama-lama berada di bahagian hadapan, sama ada di luar atau dalam rumah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan