01 Mac 2012

Del Piero tak gelojoh

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PEMAIN veteran Juventus, Alessandro del Piero dilaporkan menerima tawaran lumayan daripada beberapa kelab Liga Bola Sepak Kebangsaan (MLS).

Bagaimanapun, del Piero, 37, tidak terburu-buru untuk mengikuti jejak langkah David Beckham, Thierry Henry dan Robbie Keane beraksi di Amerika Syarikat.

Sky Italia melaporkan dua kelab MLS, New York Red Bulls dan LA Galaxy berminat mendapatkan khidmat del Piero.

Namun, pemain antarabangsa Itali itu lebih gemar beraksi di Eropah musim depan, sekiranya Juventus tidak memperbaharui kontraknya yang tamat akhir musim ini.

Sinar Harian

Tiada ulasan: