01 Mac 2012

Gol Papac selamatkan Samba

8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

JARINGAN sendiri Sasa Papac pada minit akhir perlawanan menyelamatkan Brazil daripada dimalukan Bosnia-Herzegovina pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Switzerland, awal pagi semalam.

Perlawanan itu dimenangi Brazil 2-1.

Skuad Samba di depan menerusi jaringan Marcelo seawal minit ke-4, bagaimanapun Bosnia bangkit mengikat kedudukan menerusi Vedad Ibisevic sembilan minit kemudian.

Kedua-dua pasukan berpeluang menambah jaringan, namun ketumpulan jentera serangan memastikan tiada gol dijaringkan sehinggalah pada minit ke-90.

Beberapa saat sebelum wisel penamat dibunyikan, pertahanan Bosnia, Papac tertanduk bola ke gawang sendiri selepas cuba mengeluarkan bola hantaran lintang Hulk, sekali gus menghadiahkan kemenangan buat Brazil.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa, Serbia menewaskan Armenia 2-0.

Sinar Harian

Tiada ulasan: