8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
JOHOR BAHRU - Seramai 41 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam serbuan di sebuah kawasan menempatkan rumah kongsi di Taman impian Emas, dekat sini, awal pagi semalam.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen II Jabatan Imigresen negeri, Amzari A Jalil berkata, serbuan bermula jam 2.45 pagi dan berakhir sekitar jam 4 pagi itu disertai oleh 30 anggota serta pegawai penguatkuasa, hasil maklumat aduan awam.
Menurutnya, pihaknya terlebih dahulu memeriksa 127 pendatang asing yang tinggal di rumah kongsi terbabit sebelum menahan 41 daripadanya kerana kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 rakyat Indonesia, 25 warga Bangladesh dan dua lelaki Vietnam lingkungan usia 22 hingga 40 tahun.
“Ketika serbuan dijalankan, ada di antara mereka cuba melarikan diri dengan masuk ke kawasan semak, bersembunyi di bawah pangkin selain berlaku insiden kejar mengejar.
“Bagaimanapun, mereka dapat ditangkap kerana kawasan terbabit sudah dikepong oleh anggota terlebih dahulu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Amzari berkata, kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah dan Seksyen 15 (1) (c) akta sama kerana tinggal di negara ini lebih masa.
Kesemua pendatang asing tanpa izin yang ditahan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian bagi untuk tindakan lanjut.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan