8 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
KAJANG – Kilang gas petroleum cecair (LPG) yang musnah dalam kebakaran kira-kira jam 8 malam kelmarin disyaki menjalankan operasi secara haram untuk pemindahan gas LPG.
Sumber daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kementerian Sumber Manusia berkata, kilang terbabit tidak berdaftar dengan jabatan dan menjalankan operasi secara haram.
“Operasi yang dijalankan adalah dengan memindahkan gas bersubsidi 14 kilogram ke dalam tong seberat 50 kilogram yang boleh memuatkan 105 liter gas.
“Tong gas 50 kilogram itu kemudian dijual kepada pihak industri seperti hotel, restoran, tapak pembinaan atau industri berkaitan dengan harga yang lebih tinggi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, penyelewengan gas bersubsidi itu dilakukan bagi mengaut keuntungan dengan mudah melalui penjualan tong gas industri dan di sinilah berlakunya ketirisan gas bersubsidi untuk kegunaan gas domestik (rumah).
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, premis yang baru beroperasi selama sebulan itu disyaki menjalankan pemindahan gas bersubsidi kepada tong gas perindustrian.
Sementara itu, beberapa pekerja kilang papan berdekatan kilang penyimpanan gas LPG itu juga tidak mengetahui premis itu menjalankan operasi secara haram.
Seorang pekerja, Ahmad Suhaimi berkata, kilang berkenaan baru sahaja beroperasi dan pada awalnya mereka sangka premis itu hanyalah kilang menyimpan tong gas namun tidak menyangka turut menjalankan pemindahan gas LPG subsidi.
Menurutnya, dia dan 17 lagi rakannya yang bekerja di kilang papan berdekatan tinggal di rumah pekerja tidak jauh daripada premis haram terbabit.
“Jarak antara rumah kami dengan premis berkenaan hanya 90 meter sahaja dan ketika kejadian kami dengar bunyi letupan yang sangat kuat sehingga menyebabkan gegaran.
“Ketika keluar daripada rumah kami nampak api dan percikan seperti bunga api dari arah premis tersebut sebelum bertindak melarikan diri kerana bimbang tong gas yang meletup itu terbang ke arah kami,” katanya.
Ahmad Suhaimi berkata, kira-kira jam 12 tengah malam barulah mereka pulang ke rumah pekerja setelah api berjaya dipadamkan.
“Ketika kami ingin memulakan kerja pagi tadi (semalam) baru kami sedar serpihan tong gas yang meletup berterabur di pekarangan kawasan rumah kami malah beberapa kediaman pekerja turut mengalami kebocoran atap akibat terkena serpihan tong gas,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan