16 Mac 2012

Guru India jadi sasaran Ali Rustam

23 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MELAKA, 16 Mac: Nampaknya golongan guru sedang menjadi sasaran Barisan Nasional (BN) untuk mempastikan mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.

(Surat yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran Melaka)

Kalau di Tawau, mereka di kelas-kelaskan mengikut sokongan kepada parti politik oleh Jabatan Pelajaran Daerah, di Melaka guru-guru India di'jemput' beramah mesra dengan Ketua Menteri Melaka.

Jemputan itu dibuat sendiri oleh Jabatan Pelajaran Melaka dan dihantar kepada pengetua dan guru besar setiap sekolah.

Menurut surat bertarikh 9 Mac yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran Melaka itu, semua guru India sekolah menengah dan rendah di Melaka di'jemput'.

Mereka dijemput menyertai majlis ramah mesra guru-guru India Melaka dengan Ketua Menteri Melaka pada 19 Mac Isnin ini.

Ia akan diadakan di Dewan Seri Negeri, Air Keroh, Melaka mulai jam 1.30 tengahari.

Harakah Daily

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mungkin dia sedar hayat umno sudah dihujung tanduk...maka dudukpun tak senang, tidurpun tak nyenyak, makan pun tak kenyang...lalu mereka sering merapu dan merayu-rayu simpati daripada rakyat. Kalau dia kuat, dia angkuh dan sombong ! Inilah perangai umno..! Rakyat sudah lama faham dan tidak mudah tertipu dengan gula-gula racun mereka....

Tanpa Nama berkata...

dah lama kami guru jadi sasaran umno, kami jadi ahli pas, terus guru besar kata kami anti kerajaan, bukan tak tau ada guru yang aktif pas dipindahkan jauh-jauh. tapi tak pa, kami berjuang dalam parti yang betul, cuma yang kesal bila guru masuk umno boleh, buat majlis umno di sekolah boleh, ada pasang bendera umno di sekolah pun boleh ( majlis tu penyerahan bantuan 500, bukan duit umno, tapi duit rakyat), bukan tak tau ada pegawai di jabatan pelajaran pi perhimpunan umno, siap masuk paper lagi, semua tu boleh. Jadi bila kami nak berjuang dalam Pas itu adalah hak kami sebagai rakyat malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Najib dan Muhyidin Yasin terburu2 nak rombak sistem pendidikan negara.......
Selepas gagal merombak ssm supaya jadi sbpa, skrg PM dan TPM
nak tambah cacamarba dlm sistem pendidikan negara yg tak
pernah stabil sejak beberapa lama....melambakkan kerja2 guru
dgn kerja yg tak berkaitan, sehingga guru di sekolah menjadi
kerani, pengasuh, dan mangsa keadaan....
Dlm sistem pendidikan malaysia org politik boleh tukar
mengikut kehendak peribadi politik mereka...tidak berbincang
dgn badan2 pendidikan, sampai bila pun murid akan jadi
mangsa, tapi paling tertekan dan mangsa sebenar adalah
para GURU dan PENSYARAH....