31 Mei 2012

Rafizi: Mengapa saya dan bukan pengerusi NFC?

10 Rejab 1433H. [MOD] -

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mempersoalkan langkah Bank Negara untuk memanggilnya berhubung dakwaan melakukan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Rafizi, yang telah menerima notis tersebut di bawah Seksyen 87 (1) (a) akta berkenaan, bertanya mengapa bank pusat itu tidak mengambil tindakan terhadap pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan keluarganya yang didakwanya "secara terbuka" memindahkan dana secara "tidak sah" kepada syarikat-syarikat milik keluarga beliau di Singapura dan Kazakhstan.

"Perkara ini diakui oleh mereka dan bukankah ini perlu disiasat juga
oleh Bank Negara di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act)?" soalnya.

Rafizi dipanggil untuk hadir memberi kenyataan jam 2.30 petang ii di Bank Negara.

Bercakap kepada pemberita selepas disoal siasat selama kira-kira 90 minit, beliau berkata pegawai penyiasatan Nur Sharina Rosli dan Azizul Abdul Ghafar bertanya bagaimana beliau memperolehi dokumen sulit tersebut.

"Saya bercakap benar. Saya beritahu semua yang saya tahu," katanya sambil menambah terserahlah sama ada mereka mahu meneruskan tuduhan terhadapnya.

Menemani beliau ialah Naib Presiden PKR, N Surendran dan pengarah biro undang-undang biro parti itu, Latheefa Koya, selaku peguamnya.

Isu tersebut berkaitan dakwaan Rafizi berhubung pembelian di KL Eco City oleh Mohamad Salleh dan keluarganya, yang bernilai sekurang-kurangnya RM10 juta.

malaysiakini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang cam tulah kerajaan rasuah buat KERJA,sepatutnya klu akal tu waras siasat penyelewengan tu dulu ni terbalik pulak cuba nak siasat camana penyelewengan diketahui APALA BANGANGNYA AMNO/BN ,wahai rakyat malaysia sekalian xkira apa bangsa pun marilah kita tumbangkan BN,

Tanpa Nama berkata...

saya malas nak komen disini sebab nya saya kurang ariff dalam hal ini,kedua saya kurang tahu dalam aspek ini,tiga saya tak mahir dalam bidang ini,empat saya jarang pergi Bank negara paling kerap aku pergi ATM BSN je,kelima hal begini memening kepala saya,enam entah ape apelah ,minta diri dulu ya,lain kali saya komen ok.

Tanpa Nama berkata...

Pergi lah. Jangan takut, depa nak buid up case....cari maklumat. lepas tu buat lah apa patut kat NFC. Pergi lah bantu siasatan.