10 Rejab 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Adam Akbar Ali, 10, yang mengidap penyakit tumor saraf tunjang, menerima berita baik, bahawa dia boleh jalani pembedahan di Amerika Syarikat 20 Jun ini.
Bagaimanapun, harapannya masih kabur kerana wang belum cukup.
Bapanya, Akbar Ali Mohamed Noordin berkata, tarikh itu diberi pakar daripada Hospital John Hopkins, Baltimore.
“Tetapi setakat ini dana terkumpul hanya RM49,250, sedangkan kos pembedahan RM175,000," katanya.
Akbar Ali berkata, tahap kesihatanAdam membimbangkan dan anaknya dinasihat segera dibedah.
"Saya khuatir jika pembedahan lambat, ia beri kesan kepada anak saya," katanya.
Menurutnya, awal pagi kelmarin, anaknya mengadu masih sakit di bahagian kiri kepala dan tengkuk.
Katanya, Adam hanya mampu bertahan dengan ubat tahan sakit, walaupun menyedari ubat itu memberi kesan tidak baik jika diamalkan.
“Saya tidak sanggup melihat kesakitan ditanggung Adam," katanya.
Namun, katanya, beliau dan isteri, Siti Rogayah Syed Ismail, 34, akan terus tabah dan berdoa semoga ALLAH sembuhkan penyakit anaknya.
“Terima kasih kepada mereka yang menghulur sumbangan. Hanya ALLAH dapat balas jasa,” katanya.
Orang ramai ingin menghulurkan bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank Akbar Ali (512101054839) atau Bank Islam (12038025182964).
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan