10 Rejab 1433H. [MOD] -
BRENDAN Rodgers bersetuju untuk mengambil alih jawatan sebagai pengurus baru Liverpool, sekali gus muncul pengurus muda yang mencerlah dalam arena bola sepak profesional England, untuk mengharungi cabaran itu.
Rodgers yang berusia 39 tahun akan menandatangani kontrak tiga tahun untuk berada di Anfield.
Laporan media dari England menyebut pelantikan beliau akan disahkan hari ini.
Rodgers yang lahir di Carnlough, Utara Ireland pada 26 Januari 1973, memulakan kerjayanya sebagai pemain pertahanan kelab Ballymena United.
Pada 2004, Jose Mourinho melantik Rodgers sebagai pengurus pasukan muda Chelsea dan dua tahun kemudian sebagai pengurus pasukan simpanan.
Pada Mei tahun ini, beliau mengemudi kelab Swansea ke tangga 11 dalam kempen pertama Liga Perdana. Ia dilihat sebagai kejayaan memberangsangkan beliau berbanding prestasi Liverpool yang merosot.
Difahamkan Liverpool sedang berunding soal pakej pampasan - dijangka antara £4 hingga £5 juta dengan kelab Swansea bagi mendapatkan khidmat Rodgers.
Liverpool memecat Kenny Dalglish sebagai pengurus pada 16 Mei lalu.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan