21 Rejab 1433H. [MOD] -
LIMA: Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui 13 daripada 14 mayat, termasuk lapan rakyat Korea Selatan yang terbunuh dalam nahas helikopter di pergunungan tenggara Andes, Peru, kata pihak polis.
Anggota penyelamat menemui mayat mangsa di dalam bangkai helikopter Sikorsky S-58 ET, yang terhempas berhampiran kawasan pergunungan bersalji Gunung Mamarosa, kira-kira 4,900 meter dari aras laut, kata Ketua Polis Raul Salazar.
“Tiga belas mayat berjaya ditemui. Namun, kerja-kerja mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan,” katanya.
Katanya, salji tebal dan suhu sejuk ketika ini sedikit sebanyak menyukarkan kerja-kerja mencari mangsa terakhir. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan