11 Jun 2012

113 soalan jawab lisan Dewan Rakyat hari ini

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 113 soalan bagi jawab lisan dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas (2012) di Dewan Rakyat, hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini dijadualkan selama dua minggu hingga hingga 28 Jun.

Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen daripada PAS hari ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah telah dijalankan kajian menyeluruh di peringkat nasional tentang beban tugas para guru, dan jika ada apakah dapatan-dapatan daripada kajian tersebut.


Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kejayaan dan kesan yang dicapai dalam program pertukaran pelajar antarabangsa.

Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah perbelanjaan setiap tahun untuk menganjurkan Piala Monsun di Terengganu dan adakah kontrak penganjuran Piala Monsun akan dilanjutkan.


Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta PERDANA MENTERI menyatakan fungsi dan peranan Akademi Undang-undang yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa banyakkah jumlah "exposure" Kerajaan di dalam MAS dan Penerbangan Malaysia.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapakah cadangan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai tidak dilaksanakan walaupun telah dirancang dalam RMK-9 lagi.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah dari tuntutan oleh JK Pilihan Khas (PSC) Penambahbaikan Pilihan Raya dan 8 tuntutan Bersih 2.0 yang akan dilaksanakan oleh SPR dalam PRU ke-13 nanti.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membenarkan PALAPES dijadikan satu lokaliti pengundi yang tidak perlu hadir.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kadar jenayah di seluruh Negara untuk kesemua kategori (mengikut negeri) bagi tempoh Jan 2008 - Mei 2012 serta nyatakan jumlah kes yang berjaya diselesaikan dan masih tertangguh sehingga kini.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos perbelanjaan setiap lawatan rasmi YAB. Perdana Menteri ke negeri Kelantan sejak memegang jawatan.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa Tun Hanif Omar dipilih sebagai Pengerusi Jawatan kuasa penyiasat BERSIH 3.0 sedangkan beliau jelas berpihak dalam isu ini.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membuat apa-apa pindaan kepada peraturan pilihan raya khususnya berkaitan peraturan pengundi pos bagi membenarkan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara untuk mengundi secara pos. (Sekarang ini hanya pegawai konsulat, pelajar sepenuh masa dan isteri/suami kepada pelajar itu sahaja yang boleh mengundi secara pos).

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin [Bukit Gantang] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah penduduk Bukit Gantang yang terlibat dengan Projek Lebuh Raya Pantai Changkat Jering-Klang, serta berapakah anggaran ganti rugi yang akan dibayar.

Datuk Taib Azamudden Md Taib [Baling] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kuota haji setiap tahun mulai 2008 hingga 2012.

Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [Pendang] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan mengikut negeri yang masuk ke dalam negara sepanjang tahun 2011 dan Q1 tahun 2012 dan senaraikan negara-negara yang melabur serta jumlah pelaburan masing-masing.

Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah kes jenayah yang melibatkan pelajar- pelajar sekolah.

Che Uda Che Nik [Sik] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan Peruntukan Khas untuk program J-Qaf telah tidak lagi diberi sejak tahun kebelakangan ini. Keadaan ini menyebabkan program ini terpaksa bergantung kepada peruntukan asas per kapita yang sedia terhad itu. Apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi perkara ini.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: