25 Rejab 1433H. [MOD] -
PENGURUSAN Chelsea akhirnya mengesahkan melantik Roberto Di Matteo sebagai pengurus tetap kelab itu dengan kontrak selama dua tahun.
Di Matteo, 42, yang mengambil alih tugas sebagai pengurus sementara selepas Andre Villas-Boas dipecat Mac lalu, berjaya memulihkan semula reputasi Chelsea dengan menjuarai Liga Juara-Juara dan Piala FA, musim lalu.
Di Matteo berkata, “saya sangat gembira dengan pelantikan ini."
“Akhirnya saya berjaya mendapat status pengurus tetap setelah mencapai kejayaan luar biasa untuk Chelsea.
"Jadi, untuk musim depan, saya akan membuat perancangan dan meneruskan matlamat kami untuk menjadi sebuah kelab yang digeruni dan berjaya," kata Di Matteo.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay pula berkata, pemilihan Di Matteo sebagai pengendali Chelsea adalah yang terbaik berdasarkan prestasinya sepanjang musim lepas.
"Kualiti yang ada dalam diri Di Matteo sangan membanggakan. Beliau berjaya memberi ransangan kepada pemain untuk melakar kejayaan yang luar biasa.
"Jadi, dengan perbincangan semua pihak, mereka cukup gembira dengan prestasi Di Matteo dan berharap beliau akan terus kekal dengan pencapaian tersebut," katanya.
Di Matteo antara individu keempat dari Itali yang dilantik sebagai pengurus Chelsea selepas Gianluca Vialli, Claudio Ranieri dan Carlo Ancelotti.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan