25 Rejab 1433H. [MOD] -
Isu tangguh haji masih hangat diperkatakan oleh media-media pro Umno.
Kenyataan saya yang dibuat pada Jun 5 kepada Selangorku yang menyeru “ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya” – dalam kata yang lebih spesifik – “calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihanraya” telah diputarkan seolah-olah ia ditujukan kepada semua umat Islam di Malaysia 8 hari kemudian oleh Utusan Malaysia.
Namun begitu, ia tidak hairan – selepas kontroversi PTPTN yang menampar muka sendiri, jawapan-jawapan menteri di parlimen yang memang susah untuk ditonjolkan di muka depan, bertambah pula laporan-laporan antarabangsa mengenai isu Scorpene – mereka perlu mencari sesuatu untuk mengalih pandangan rakyat.
Bajet 2013 yang disebut bajet pilihanraya akan diumum pada September 28. Tarikh Hari Raya Haji adalah 26 Oktober.
Sudah ada bayangan pilihanraya umum 1985 di musim haji bakal berulang.
Isu tangguh haji ini sebenarnya mudah – betulkah PRU-13 akan diadakan di musim haji?
Masalahnya tiada yang tahu.
Apakah mungkin PRU-13 diadakan di musim haji?
Masalahnya ialah mungkin.
Apakah yang perlu dilakukan jika PRU-13 diadakan di musim haji?
Salahkan perdana menteri? Itu hak beliau, walaupun PAS memang membantah jika PRU-13 diadakan di musim haji.
Adakah orang-orang Umno yang terlibat dengan PRU-13 akan pergi menunai haji? Calon, wakil calon dan agen parti seperti pengarah pilihanraya akan terus juga dengan niat menunai haji.
Tiada yang bertanya.
Walhal, soalan yang patut difokuskan ialah wajarkah perdana menteri mengadakan pilihanraya di musim haji?
Jawapannya jelas tidak.
Apakah jaminan ia tidak berlaku?
Tiada. Sebab itu PAS mendesak perdana menteri bagi jaminan. Dan tekankan “SEKIRANYA” Umno demi untuk menang, mengadakan PRU di musim haji, ahli PAS yang terlibat terus dengan PRU-13 yakni “calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihanraya” disarankan tangguh haji.
Golongan ini dalam PAS, ramai yang sudah menunaikan haji – mereka adalah veteran. Dalam Umno tak pasti pula.
Isu ini adalah mudah.
Kalau yang cadang tu ialah timbalan perdana menteri atau menteri Umno tentu keadaan dan komentar akan berubah menyokong habis-habisan. Jadi isunya bukan menangguhkan haji sebenarnya siapa yang buat cadangan itu.
Tapi Umno merumitkannya kerana ia tahu, isu sebenar memberi tekanan kepada perdana menteri untuk menyatakan satu tarikh pilihanraya.
Segalanya akan selesai jika tarikh pilihanraya diketahui lebih awal.
Tiada yang risau ingin menunai haji.
Tiada yang risau masa bercuti mereka sama dengan tarikh pilihanraya.
Bahkan, untuk seluruh warga yang bekerja, samada di pihak swasta mahupun kerajaan boleh merancang sebaiknya dengan tarikh pilihanraya diketahui.
Namun penyelesaian yang mudah ini bukan fokus akhbar-akhbar Umno.
Mereka perlukan talian hayat – mereka menilai isu tangguh haji ini sebagai isu yang boleh mengalih perhatian.
Betulla juga, tapi mereka terlupa, terbuta melihat bahawa perhatian kini beralih balik ke perdana menteri.
So, bila perdana menteri nak buat PRU13? Musim haji ke? Calon Umno pergi haji ke tak tahun ini? Boleh bagi jaminan tak buat PRU13 masa musim haji?
Senyum.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
1 ulasan:
Ni lah kalau orang jahil agama, mengapa nak buat pRU 13 dalam bulan haji, macam tak le bulan lain ke? punca yang menjadi masyarakat kelam kabut adalah orang yang nak adakan pru 13 tu, tu sebab bn kena beritahu tarikh pru awal. senang orang nak merancang.
Catat Ulasan