8 Syaaban 1433H. [MOD] -
JOHOR BAHRU: Pelakon Hairie Othman yang baru sahaja mengisytiharkan mahu menyertai PAS akan menyerahkan borang keahlian secara rasmi kepada Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat esok.
Penyerahan itu sempena Himpunan Hijau peringkat Johor yang akan berlangsung di Kempas, Johor Bahru, Johor malam esok.
Hero filem 'Leftenan Adnan' itu sebelum ini menghangatkan politik tanah air apabila menjadi selebriti terbaru menyatakan hasrat menyertai PAS.
Sebelum ini beberapa selebriti telah menyerahkan borang menyertai PAS termasuk Bob Lokman dan penyanyi Aishah yang popular dengan lagu janji manismu.
Selain mereka, beberapa selebriti lain yang kini sering tampil di pentas PAS termasuk Iwan Syahman, Abby Abadi, Catriona Ross dan Sham Kamikaze.
Sementara itu Himpunan Hijau PAS Johor akan bermula jam 5 petang di Padang Futsal, Projek Perumahan Rakyat (PPR), Taman Kempas Permai, Tampoi dalam program jamuan bersama Tok Guru.
Selepas itu majlis tahlil dan munajat perdana akan dibuat di Dataran Dahlia, Taman Dahlia bermula dengan solat Maghrib sebelum ceramah perdana ditempat sama.
Turut diadakan jamuan makan bersama masyarakat Cina dan India di Grand Straits Garden Seafood Restaurant, Johor Baharu mulai jam 7 malam.
Pimpinan PAS yang akan turut hadir adalah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi serta Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Mahfoz Bin Muhammad.
"Pihak jawatankuasa Program menjangkakan kehadiran lebih daripada 10 ribu peserta himpunan daripada seluruh negeri Johor bagi menjayakan himpunan ini.
"Kahadiran Hairie Othman bakal menarik lebih ramai anak muda hadir dalam himpunan ini. Ahli-ahli dan penyokong PAS di luar Johor juga dijemput sama untuk menjayakan himpunan ini," kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat.
Harakah Daily
1 ulasan:
Assalamualaikum!Sebenarnya saya meminati Hairie Othman apabila beliau berlakun.Lakunanya tidak terlalu kasar seolah olah beliau takut dengan syariat Allah.Tapi apakan daya Syariat tetap syariat jua.Saya bermohon kepada Allah semuga apa yang telah berlalu tidak dikuti semula.Banyakkan latihan untuk terus maju dalam ucapan ucapan(ceramah)
Yang kerap diadakan sebelum PRU.Buatkan skrip sebelum berucap.Pastikan apa yang hendak disampaikan mantap.
Catat Ulasan