23 Syaaban 1433H. [MOD] -
Ahli Parlimen (MP) Tanah Merah, Amran Ab Ghani hari ini mendakwa bagaimana beliau dan tujuh lagi MP PKR didakwa didatangi individu yang mahu mereka keluar parti beramai-ramai untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga.
Pada mulanya, dakwa Amran, mereka ditawarkan RM10 juta tetapi kemudian meningkat kepada RM20 juta tiap seorang.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, beliau mendakwa yang mereka akan memperolehi RM20 juta tiap seorang hanya jika kesemua kelapan-lapan mereka bersetuju.
RM10 juta, dakwanya, adalah kononnya untuk membeli sebuah gudang, yang akan disewakan dengan sewaan sebagai pendapatan.
RM10 juta lagi, dakwanya, adalah untuk mereka membawa keluarga tinggal di Indonesia selama dua tahun atau lebih, supaya apabila mereka kembali, pengundi di kawasan pilihan raya mereka tidak lagi marah.
Amran menyifatkan tawaran itu sebagai amat "menarik" kerana mereka yang lompat parti itu tidak perlu menyertai parti pemerintah, dan hanya perlu menjadi MP yang mesra BN.
Beliau menjelaskan bahawa mereka diberitahu bahawa ini kononnya untuk BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di Parlimen, selaras dengan usaha untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada awal tahun 2009.
MALYSIAKINI/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan