23 Syaaban 1433H. [MOD] -
PELARI jarak jauh Negeri Sembilan, Ahmad Luth Hamizan berjaya menambah koleksi pingat emas menerusi acara 3,000m lari berhalangan lelaki di Stadium Darul Makmur semalam.
Beliau berjaya mengatasi pelari Pahang apabila menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 9 minit 40.42 saat, manakala pingat perak menjadi milik Pahang, S Saranraj dengan catatan masa 10 minit 6.34 saat manakala gangsa dimenangi M Vinoth dari Johor (10 minit 10.60s). “Saya rasa puas hati apabila dapat menyumbang dua pingat emas dan satu perak kepada skuad olahraga Negeri Sembilan, walaupun belum berjaya mengatasi rekod kejohanan,” katanya.
Ahmad Luth sebelum ini mengutip pingat emas pertamanya menerusi acara 10,000m lelaki dan pingat perak dalam acara 5,000m lelaki. Pelajar prauniversiti Sekolah Sukan Bukit Jalil itu berkata, tumpuannya selepas ini adalah untuk enyumbang pingat tanpa mengira warna kepada negara di Sukan Sea Myanmar pada tahun depan.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan