23 Syaaban 1433H. [MOD] -
JUARA Piala Malaysia 32 kali, The Red Giants berharap sentuhan Rozaimi Abdul Rahman atau Amy dapat membantu mereka meraih gelaran kejohanan berkenaan sejak kali terakhir memenanginya pada 2005.
Pemain muda Sabah itu yang muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun di Myanmar baru-baru ini, menambat hati pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Amin percaya kemampuan Rozaimi dan berharap bisanya dapat diteruskan bersama skuad Merah Kuning kempen kali ini.
"Dia pemain muda berbakat dan kami bertuah kerana mengikatnya sebagai status pemain pinjaman," katanya.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan