13 Julai 2012

Bawa pembunuh Beng Hock ke pengadilan - MB Selangor

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan Malaysia bertanggungjawab untuk membawa orang-orang yang bersalah dalam kes Teoh beng Hock kemuka pengadilan, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagi beliau, Beng Hock adalah seorang anak muda yang telah bekerja keras bagi memastikan acara reformasi kerajaan Pakatan Rakyat supaya ia dijalankan dengan berjayanya.

Malahan, katanya, kejadian yang berlaku pada Teoh Beng Hock adalah satu kes malang bukan sahaja kepada keluarga mangsa, tetapi juga kepada negara terutamanya institusi kerajaan iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdapat banyak insiden kematian dalam tahanan yang telah berlaku sebelum ini tetapi kes Teoh Beng Hock telah membuka mata orang ramai terhadap professionalism SPRM, katanya.

"Kerajaan negeri tidak pernah menghalang SPRM untuk menyiasat mana-mana individu, agensi atau jabatan kerajaan negeri bagi membanteras rasuah tetapi kita menuntut SPRM supaya bersikap telus dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjadikan kes Teoh Beng Hock sebagai satu pengajaran," kata Khalid dalam satu kenyataannya.

Kenyataan ini juga disampaikan melalui rakaman suara MB sempena majlis pengenangan kematian Teoh Beng Hock ketiga yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Seri Kembangan pada 12 Julai 2012.

"Pada masa yang sama, saya juga menuntut Kerajaan Malaysia bertanggungjawab dalam hal ini dengan membawa orang-orang yang bersalah kemuka pengadilan," katanya.

Harakah Daily

Tiada ulasan: