13 Julai 2012

Hati-hati amil zakat palsu

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

MUSTAFA (kanan) menyaksikan Pengurus Besar Hubungan Strategik Bank Islam, Datuk Wan Ismail Wan Yusoh (kiri) menyerahkan replika zakat kepada Timbalan Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Othman Mustapha di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Umat Islam diminta supaya berhati-hati ketika membayar zakat fitrah pada bulan Ramadan ini bagi mengelak ditipu oleh individu yang mengaku sebagai amil.

Pengerusi Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, MAIWP telah melantik seramai 820 amil yang sah untuk bertugas mengutip zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Katanya, amil tersebut telah diberikan surat lantikan dan kad kuasa bagi mengutip zakat fitrah di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Buat masa sekarang masih tiada lagi aduan kes amil yang menyamar di Wilayah Persekutuan namun umat Islam perlu sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati bagi mengelak daripada ditipu.

“Justeru, saya minta semua umat Islam di Wilayah Persekutuan supaya tidak menunggu saat-saat akhir sehingga menjelang sambutan Aidilfitri untuk membayar zakat fitrah bagi mengelakkan kelewatan,” katanya.

KOSMO/-

Tiada ulasan: