13 Julai 2012

EPL: AVB lancar konfrontasi

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

PENGURUS baharu Tottenham Hotspur, Andre Villas-Boas (AVB) berkata, dirinya tidak dapat menerima keputusan keji Roman Abramovich yang memecatnya selepas hanya membimbing pasukan kira-kira sembilan bulan di Stamford Bridge, musim lalu.

Lelaki berbangsa Portugis itu tiba dari England selepas mencipta reputasi besar bersama kelab Porto, namun berdepan masalah kerana gagal memikat hati beberapa pemain senior The Blues yang disifatkannya 'besar kepala'.

"Saya hormati keputusan pemilik kelab Chelsea tetapi tidak dapat terima cara sebegini (dipecat). "Saya beritahu dia mengapa sanggup lakukan perkara sedemikian? Semasa saya setuju melatih Chelsea, dia tidak meletakkan apa-apa sasaran sehingga fikirannya berubah.

"Apa alasan logik yang perlu dia beri untuk saya?," katanya. Pemecatan AVB kemudiannya diambil alih Roberto Di Matteo sehingga berjaya menjulang trofi Piala FA dan Liga juara-Juara Eropah buat pertama kali dalam sejarah.

Kini, AVB mempunyai misi baru untuk 'mensucikan' imej dan bertekad meletakkan Spurs di landasan kelompok elit pasukan Liga Perdana Inggeris musim 2012/2013.

Sinar Harian

Tiada ulasan: