16 Syaaban 1433H. [MOD] -
ZURICH - Penggunaan teknologi garisan gol akhirnya mendapat lampu hijau daripada Lembaga FA Antarabangsa (IFAB) dan akan mula digunakan pada persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Susulan siri kontroversi dan polemik termasuk insiden membabitkan gol Frank Lampard ketika menentang Jerman pada kejohanan Piala Dunia 2012 dan juga semasa Euro 2012 baru-baru ini, sukan bola sepak mengorak langkah untuk membawa perubahan - mengesan jaringan dengan tepat jika melibatkan kontroversi.
IFAB memberi kelulusan kepada penggunaan dua sistem iaitu Hawk-Eye dan GoalRef pada satu mesyuarat yang diadakan di sini, semalam.
Selain ketika persaingan EPL, pendekatan itu akan digunakan semasa kejohanan Piala Dunia Kelab Fifa Disember ini dan jika berjaya, akan diguna pakai oleh pertandingan Piala Konfederasi 2013 dan Piala Dunia 2014.
Dipetik BBC, EPL berkata, "Liga Perdana telah lama memperjuangkan teknologi garisan gol."
"Kami menyambut baik keputusan IFAB hari ini dan kami akan mengadakan perbincangan dengan kedua-dua (penyedia sistem) Hawk-Eye dan GoalRef dalam waktu terdekat untuk memperkenalkan teknologi garisan gol dengan sebaik yang mungkin," katanya.
Setiausaha Agung FA Inggeris, Alex Horne berkata, terserah kepada EPL untuk memutuskan skala masa pelaksanaan pendekatan baru ini, yang dinanti-nantikan banyak pihak dengan perasaan bercampur aduk.
Sistem Hawk-Eye telah diuji di St Mary's Stadium milik Southampton pada Mei lalu.
IFAB menekankan bahawa teknologi itu tidak akan digunakan untuk membantu pengadil membuat sebarang keputusan lain ketika mengadili sesuatu perlawanan.
Isu gol kontroversi sekali lagi menjadi tumpuan ketika Euro 2012 yang berakhir awal minggu ini apabila Ukraine, tuan rumah bersama dinafikan gol penyamaan pada perlawanan ia ditewaskan oleh England 1-0.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan