10 Syawal 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM, 28 OGOS : Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan malaikat itu lebih buruk berbanding syaitan, begitu kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din ketika dihubungi TVSelangor hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang.
Dr Mahathir menulis “Better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali”.
Dr Haron seterusnya berkata, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.
Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.
“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah. Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-NYA. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.
“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,” katanya.
selatan online/-

2 ulasan:
Dr Mahathir boleh berkata begitu sebab ulama UMNO adalah syaitan-syaitan bisu. Dulu Dr Mahathir kata hukum hudud tidak boleh dipakai kerana dia fikit wanita yang kena rogol akan dianiaya sebab tidak dapat hadirkan 4 saksi. Sebab itulah hukum hudud sudah ketinggalan zaman , kata Dr Mahathit ...tapi ualama-ulama UMNO diam saja.

Catat Ulasan