25 April 2013

Idham Lim: Negara tidak akan maju dengan penyebaran risalah ‘sampah’

14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Idham Lim menunjukkan perbezaan antara bahan sebaran Pakatan Rakyat berbanding dengan BN.

KUALA KANGSAR: Kempen hari ke-4 PRU 13 Parlimen Kuala Kangsar diwarnai dengan penyebaran risalah sampah yang diedarkan oleh pihak Barisan nasinal bertempat di Pasar minggu Rancangan Perumahan Awam 4 (RPA 4) di jalan bahari disini.

Perkara itu disahkan oleh Calon PAS Parlimen Kuala Kangsar,  Drs. Khalil Idham Lim semasa ditemui semasa beliau singgah untuk bersembahyang berjemaah bersama rakyat di Surau berhampiran tempat tersebut.

“Negara pastinya tidak akan maju dengan kempen yang tidak bermoral dengan pengedaran risalah fitnah dan sampah yang sedang dilakukan oleh petugas Barisan Nasional”. Katanya.

“Disamping itu saya nasihatkan kepada pihak SPR mengambil tindakan segera dengan pengedaran risalah tersebut bagi mengelakkan ianya berterusan dan mencemarkan suasana kempen yang sepatutnya diwarnai dengan pengedaran risalah yang berfaedah untuk dinilai oleh pengundi”, jelasnya lagi.

“Saya datang kesini dengan petugas  PAS dan Pakatan Rakyat untuk bertemu muka dengan penduduk di sini dengan mengedar Menifesto pakatan rakyat dan Biodata Calon P067”. Katanya.

Dalam masa yang sama beliau menasihatkan jentera Barisan Nasinal untuk berkempen secara betul dengan mengedarkan apa saja tawaran BN  dan bukannya risalah sampah.

“kalaulah mereka masih ingin meneruskan hasrat mengedarkan risalah itu, saya tidak ada hak untuk menghalang  namun ianya pasti dapat dinilai  oleh rakyat Kuala Kangsar”.



Tiada ulasan: