25 April 2013

Tamatkan politik sempit 5 Mei ini - Husam

14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa menyeru seluruh rakyat Malaysia menggunakan peluang mengundi pada 5 Mei ini untuk membuat perubahan menamatkan politik sempit yang diamalkan Umno BN.

Dalam satu kenyataan di Facebook P-125 Putrajaya, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

"Hari ini (semalam) saya diberitahu bahawa pengerusi d bendahari surau tersebut telah dipanggil mengadap ketua pengarah Jawi di Pejabatnya pagi tadi dan seterusnya saya diberitahu bahawa semua AJK surau berkenaan telah diberhentikan serta-merta kerana membiarkan saya berta'ruf dengan makmum Surau tersebut.

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan Seluruh Rakyat Negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini." katanya.

Menurut Husam, beliau ke surau tersebut pada 20 April lalu dan menunaikan solat Isyak di sana sebelum diberi peluang  berta'ruf dengan hadirin didalam surau tersebut.

Husam merupakan naib presiden PAS, dan beliau akan bertanding menentang Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: