25 April 2013

Nama calon BN Dun Tanjong Mas mirip Presiden Amerika

14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KOTA BHARU - Seorang calon Barisan Nasional (BN) berharap namanya yang mirip nama bekas Presiden Amerika Syarikat John F Kennedy boleh memberi kesan positif kepada beliau dalam pilihan raya umum ini.

   
Kanidy Omar, 52, Calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjong Mas di Kelantan berkata ayahnya sememangnya bercita-cita agar beliau menjadi seorang pemimpin, ketika memilih nama semasa dilahirkan.
   
"Saya dibubuh (diberi) nama oleh ayah saya dalam surat beranak menggunakan nama itu kerana beliau meminati Presiden Amerika Syarikat itu dan dengan harapan supaya saya juga turut menjadi pemimpin kelak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
   
Kanidy yang juga seorang ahli perniagaan akan bertanding menentang penyandang kerusi Dun itu dari Pas, Rohani Ibrahim.
   
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Penyelia Pembangunan Mukim Persekutuan Kota Baharu, berazam membawa perubahan kepada rakyat di kawasan tersebut jika diberikan mandat.
   
Antara pembangunan yang akan dititiberatkan ialah aspek perumahan, sistem peparitan dan peluang pekerjaan.  

- Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah