14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
DHAKA - Sekurang-kurangnya 82 maut dan lebih 500 cedera (sehingga jam 10 malam) apabila bangunan lapan tingkat di luar Dhaka yang menempatkan kilang pakaian dan pusat beli-belah runtuh di pinggir ibu kota Bangladesh, semalam.
Pegawai penyelamat, Mohammad Asaduzzaman berkata, Plaza Rana terletak di bandar Savar, di luar ibu kota negara itu runtuh kira-kira jam 9 pagi tadi (waktu tempatan) dan hanya tingkat bawahnya masih kekal setakat ini.
“Masih ramai lagi mangsa terperangkap di dalam runtuhan dan jumlah korban dijangka meningkat. Bangunan sekitar juga didapati retak dan arahan mengosongkan bangunan berkenaan dikeluarkan berkuat kuasa serta merta,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika premis perniagaan memulakan operasi dengan sebahagian lagi kedai masih tutup.
Sementara itu, seorang pekerja mendakwa, pemilik kilang berkenaan tidak membenarkan pekerja meninggalkan bangunan itu selepas kesan retak dikesan di dalam blok berkenaan beberapa hari sebelum kejadian.
“Kami ada memaklumkan kepada pihak pengurusan namun mereka tidak mengendahkan teguran kami dan meminta meneruskan operasi perniagaan seperti biasa,” katanya.
Kejadian bangunan runtuh di Bangladesh bukan perkara hal baru kerana banyak bangunan didirikan tanpa mengikut peraturan sah, menurut laporan Reuters.
Sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan