24 April 2013

Anwar curigai insiden pengeboman, dakwa ia bertujuan wujud ketakutan

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR — Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencurigai insiden pengeboman dan melontar bahan letupan yang berlaku hari ini dan semalam, menegaskan tindakan tersebut bertujuan untuk mewujudkan ketakutan.
Anwar menggesa pihak berkuasa untuk membuat siasatan menyeluruh dan mencari dalang yang bertanggungjawab mencetuskan insiden tersebut.
"Masa letupan dan lokasi alat-alat ini adalah sangat mencurigakan dan jelas bertujuan untuk mewujudkan ketakutan dan gangguan memprovokasi," kata Anwar (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini.
Pemerhati dan ahli politik sebelum ini memberi amaran tentang kekacauan dan keganasan menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dianggap paling sengit sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957.
"Saya memuji Pasukan Polis Pulau Pinang kerana bertindak cepat. Siasatan ini perlu dilakukan tanpa rasa takut dan tanpa gangguan," kata Anwar lagi.
Di samping itu, beliau juga mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut kerana membahayakan nyawa orang awam dan pada masa sama berharap rakyat Malaysia khususnya Pulau Pinang supaya sentiasa berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan khabar angin.
"Kami tidak apa mahu dikatakan selain mengecam tindakan mereka yang cuba membahayakan nyawa orang awam di Malaysia.
"Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang dari Pulau Pinang, untuk sentiasa berwaspada, bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin yang mungkin timbul," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Anwar berkata individu yang didapati bersalah tersebut boleh didakwa serta dibicarakan di bawah Kanun Keseksaan (Seksyen 326/327) kerana "secara sukarela menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya atau cara", dan "khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat untuk memusnahkan rumah"; DAN / ATAU Akta Bahan Letupan (1957) untuk "menyebabkan letupan yang mungkin membahayakan nyawa atau harta".
Media melaporkan semalam satu kejadian letupan berhampiran lokasi bilik gerakan BN di Nibong Tebal dan pihak polis menemui bahan letupan ubahsuai (IED) dalam timbunan sampah berhampiran lokasi sama pagi ini.
Awal hari ini, satu lagi kejadian insiden sama berlaku di bahagian depan bangunan Bilik Gerakan BN di Parit 9, Baroh, Sungai Leman, Sekinchan dekat sini, terbakar setelah dipercayai dilempar dengan dua bom petrol oleh orang tidak dikenali pagi ini.
The Malaysian Insider/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN bom je tu... yelah sebagai alasan sebab musabab kenapa kehadiran di ceramah mereka sedikit. Maka akan mereka jawab rakyat tak hadir ceramah sebab takut ancaman bom. Padalah hangpa yang dok bom (pemohong) orang.

Esok boleh dijadikan alasan kenapa UMNO/BN kalah masa pilihanraya. Sebab orang takut kena bom... maka pengundi BN tak hadir... banyaklah UMNO/BN punya booooom.

Baru-baru ni je saya bawa balik Booom dari Tesco... bolehlah murah dari dari jenama sabun basuh baju lain.... kan kena booom juga.