24 April 2013

11 keluarga bergantung air sungai

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Jimmy Phua
Jimmy Phua (tengah) menunjukkan gambar sungai yang didakwa digunakan 11 keluarga di Kampung Bukit Batu berikutan tidak mendapat bekalan air.
 
SENAI – Nasib 11 keluarga di Kampung Bukit Batu yang bergantung dengan sumber air sungai untuk meneruskan kehidupan mereka sejak 20 tahun lalu mendapat perhatian calon PRU13.

Calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Batu, Jimmy Phua Wee Tse melahirkan perasaan simpati terhadap dan menyifatkan ia tidak sepatutnya berlaku kerana negara sedang mengalami pembangunan pesat namun masih ada keluarga yang tidak menerima haknya sebagai rakyat Malaysia.

“Saya melakukan tinjauan di kawasan tersebut dalam rangka kerja saya bersama pengundi di Dun Bukit Batu dan agak terkejut dengan apa yang berlaku ini. Saya difahamkan mereka tidak mempunyai saluran paip air.

“Mereka memaklumkan telah mengajukan perkara terbabit kepada wakil rakyat sebelum ini dan pihak yang berkaitan sejak sekian lama.

"Tetapi tiada tindakan susulan dilakukan yang membolehkan mereka menikmati kemudahan berkenaan.

“Memandangkan masalah ini masih tidak dapat diselesaikan, saya menawarkan perkhidmatan saya sebagai seorang peguam untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini,tanpa kira perbezaan pendirian politik tetapi demi manfaat penduduk di  sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Tiada ulasan: