SHAH ALAM – Majikan-majikan di sektor swasta dikehendaki membenarkan
pekerja mereka menunaikan tanggungjawab keluar mengundi bagi Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013.
Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Mohd Jeffrey Joakim
berkata, majikan harus mengambil tindakan sewajarnya dengan memberi masa
luang yang munasabah kepada pekerja yang mengundi berdekatan tempat
kerja.
Menurutnya, majikan perlu memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu
mengundi di tempat pengundian yang jauh dari tempat kerja dan
menggantikan hari kelepasan tersebut dengan hari yang lain.
“Selain itu majikan mestilah membenarkan mana-mana pekerja yang ingin
balik ke tempat asalnya untuk membuang undi mengambil cuti tahunannya.
“Majikan-majikan hendaklah merundingkan soal pemberian masa luang atau
hari kelepasan yang digantikan dengan pekerja-pekerja yang terlibat.
Dalam hubungan ini juga, pekerja adalah dinasihatkan supaya mengambil
cuti tahunan bagi tujuan ini sekiranya mereka perlu balik ke negeri asal
untuk mengundi,” katanya.
Katanya, majikan diingatkan bahawa hak seseorang termasuk pekerja untuk
mengundi adalah diperuntukkan di bawah seksyen 25 (1) Akta Kesalahan
Pilihan Raya 1954.
“Majikan yang tidak mematuhi peruntukan itu boleh didakwa dan jika
sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara satu
tahun," katanya
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan