24 April 2013

Nyaris maut terperangkap

Foto13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

AMPANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun hampir rentung selepas rumahnya di tingkat 4 Rumah Pangsa 700 Kencana, di sini musnah dalam kebakaran petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan di rumah seorang diri selepas ibunya keluar untuk membeli keperluan harian di kedai berhampiran.

Menurut sumber, ketika ditinggalkan, kanak-kanak terbabit dikatakan bermain api menyebabkan bahagian dapur rumahnya terbakar sebelum merebak ke seluruh rumah.

Katanya, menyedari rumahnya terbakar, kanak-kanak berkenaan yang gagal menyelamatkan diri kerana pintu depan dikunci ibunya menjerit sekuat hati meminta tolong sebelum ia didengari jiran yang kemungkinan menghubungi bomba.

“Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit daripada rentung. Bagaimanapun, kanak-kanak itu dipercayai banyak terhidu asap,” katanya.

metro/-

Tiada ulasan: