13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM — Penyandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan kerajaan negeri pernah terlibat dalam aktiviti merobohkan kuil Hindu sepanjang lima tahun pemerintahannya seperti yang dikatakan oleh pengerusi BN baru-baru ini.
Datuk Seri Najib Razak semasa jelajahnya di negeri Selangor pada Isnin mengatakan Pakatan Rakyat (PR) tidak menghormati kaum India kerana merobohkan kuil-kuil penganut Hindu di negeri itu.
“Saya dapati, kenyataan-kenyataan ini, ialah kenyataan yang membesarkan sesuatu perkara yang tidak benar,” kata Abdul Khalid dalam satu sidang akhbar di sini, merujuk kepada dakwaan Najib.
“Itu cerita sahaja. Kita mesti tengok insiden-insiden yang sebenarnya,” tambah Abdul Khalid lagi.
Menurut penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok itu lagi, kerajaan pusat harus belajar dengan negeri Selangor tentang bagaimana untuk menguruskan rumah-rumah ibadat seperti kuil Hindu.
“Sebenarnya, kuil-kuil ini, kalau dirobohkan, mesti mendapat persetujuan mereka dan diganti.
“Itu Najib boleh buat kajian bagaimana kita menyelesaikan masalah dimana kuil di seksyen 23 dialih dan dibangunkan ke satu tempat yang lebih manfaat dan lebih baik lagi,” katanya.
The Malaysian Insider/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan