24 April 2013

Calon KEADILAN Setiawangsa sahkan polis terima kertas undi pos awal

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -



SETIAWANGSA 23 APRIL: Kertas undi pos polis yang bersebar di laman sosial memungkinkan pihak berkuasa itu membuang undi sebelum tarikh sebenar pengundian awal pada 30 April ini. 

Polis dikatakan diarah supaya mula membuang undi hari ini melalui kertas undi yang tertera nombor siri dan logo bendera parti.
Undi AwalKertas undi tersebut turut disertakan dengan borang yang tercatit nama pengundi dan nombor kad pengenalan berserta nombor siri yang sama. 

Borang tersebut disampulkan bersama kertas undi sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi.
Berdasarkan kertas undi itu, dipercayai ia adalah untuk Parlimen P118 Setiawangsa kerana tertera nama calon BN, Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan calon KEADILAN, Ibrahim Yaacob. 

Mengulas perkara ini, Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, jika ia berlaku, pihak terbabit perlu membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya disiasat. 

“Tidak sepatutnya berlaku, tapi jika kertas undi sudah diterima dan diminta membuang undi, ia perlu dilapor kepada polis atau SPR kerana kita terima laporan bahawa esok kertas-kertas undi akan dihantar untuk pengundi pos. 

“Jika ada laporan dibuat berkenaan perkara ini, tetapi mereka tidak mahu ambil tindakan, ia boleh disifatkan sebagai kesalahan besar,” kata Syed Ibrahim kepada Keadilan Daily

Beliau menegaskan, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan penipuan undi pos sekaligus menjawab kesangsian rakyat berkaitan isu tersebut. 

“Perlu dilaporkan segera, lagipun saya yakin SPR tidak akan siasat kalau tiada laporan, dan mereka akan bertindak awal sebelum perkara itu dilaporkan,” kata Syed Ibrahim.
Polis undi awalSPR dalam laporan hari ini melalui Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kertas undi bagi pengundi pos luar negara dan pengundi tidak hadir untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), akan dihantar esok (Rabu).

Sementara itu, Ibrahim memberitahu, beliau ada menerima maklumat berkenaan dan mengakui anggota polis tersebut menerima kertas undi pos. 

“Saya sudah check (semak), anggota tersebut dikenalpasti ada dalam senarai undi pos dan sah beliau sudah terima kertas undi. 

“Saya difahamkan juga, kertas undi pos berkenaan dikeluarkan semalam,” katanya dalam pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada Keadilan Daily

keadilandaily/-

Tiada ulasan: