13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
JOHOR BARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memuktamadkan senarai pemerhati asing untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), minggu ini.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata beberapa pemerhati daripada negara Asean turut dijemput untuk memantau proses pilihan raya itu.
Menurut beliau, kumpulan pemerhati itu dari Kemboja, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Filipina selain beberapa pemerhati dari Sekretariat Asean.
Wan Ahmad berkata, negara Asean dan sekretariat tersebut akan menghantar tujuh pemerhati di mana tiga daripadanya akan diberikan status sebagai jemputan rasmi Malaysia.
"Kami menetapkan tujuh pemerhati dari setiap negara walaupun SPR menerima permintaan daripada beberapa negara untuk menghantar 40 pemerhati," katanya pada sidang media di sini Rabu selepas mengadakan taklimat tertutup mengenai jentera pilihan raya oleh SPR negeri untuk kerusi Parlimen Gelang Patah.
mStar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan