24 April 2013

Penumpang maut, kereta langgar lori

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Keadaan kereta mangsa

Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 416 Lebuhraya Utara Selatan.
KUALA KUBU BHARU - Seorang maut manakala seorang lagi kritikal apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 416 Lebuh Raya Utara Selatan dekat susur keluar Plaza Tol Bukit Tagar malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superinten Norel Azmi Yahya Affendi berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai S Thiruselvi dan A Puvaneswary kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Kereta dinaiki mangsa dipercayai telah melanggar belakang sebuah lori muatan buah-buahan di lorong perlahan.

“Akibatnya, mangsa yang duduk di tempat duduk hadapan maut di tempat kejadian, manakala seorang penumpang di belakang masih dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dilaporkan kritikal,” katanya semalam.

Menurutnya, kereta terbabit dipandu A Anandaz, 22, dan dalam perjalanan dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur.

Katanya, kejadian berlaku  jam 11.30 malam dan mangsa maut akibat kecederaan di bahagian kepala dan badan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sinar/-

Tiada ulasan: