24 April 2013

Ahmad Bashah: 'Tuduhan tidak berasas, jangan reka cerita'

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Ahmad-Bashah

ALOR SETAR - Calon Bebas kerusi Dun Alor Mengkudu, Fadzil Hanafi digesa supaya menghentikan dakwaan tidak benar bahawa dirinya adalah sebagai ‘mangsa Bashah’.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, dakwaan yang dilemparkan oleh bekas ahli Umno itu adalah satu kenyataan yang tidak berasas.

Beliau berkata, tindakan Fadzil itu juga dilihat sebagai cubaan untuk menggambarkan bahawa pimpinan Umno lebih teruk berbanding dirinya.

“Itu adalah satu-satunya tuduhan yang tidak berasas. Jangan reka cerita sebab nak ambil simpati orang ramai. Kalau betul dakwaan dia sebagai ‘mangsa’, dia tidak akan dipilih sebagai exco kerajaan negeri dan wakil rakyat pada suatu ketika dulu.

“Saya bukan boleh tentukan dia terpilih atau tidak sebagai calon mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Tapi ini adalah keputusan daripada pucuk pimpinan parti. Saya pun tidak tahu nama saya tersenarai dalam  pencalonan tersebut, bagaimana mungkin dia boleh tahu nama dia telah tersenarai pula,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahmad Bashah yang juga penyandang Dun Bakar Bata berkata, individu yang bergelar ‘ustaz’ seperti Fadzil juga tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk memburukkan orang lain.

“Itu cerita dia, saya nak takut apa. Terpulang la kepada rakyat untuk pilih. Pada saya, cerita dia itu sebab terlalu taksub nak jadi calon,” katanya.

Sinar/-

Tiada ulasan: