25 April 2013

Yakin Kelantan kekal milik Pas

14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Takiyuddin Hassan


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan
PARLIMEN Kota Bharu merupakan antara kerusi panas memperlihatkan pertandingan tiga penjuru yang menemukan dua calon berpengaruh Datuk Takiyuddin Hassan (Pas) dan Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (BN) serta calon Bebas, Mohd Zakiman Abu Bakar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.


Takiyuddin merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan manakala Fatmi merupakan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Calon Pas, Takiyuddin berkata, hampir 14 tahun memegang jawatan dalam parti termasuk sebagai Exco, ia beri kelebihan kepadanya dan beliau amat yakin tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendekati pengundi.



Ditanya mengenai pendekatan pencabarnya, Fatmi yang berkunjung dari rumah ke rumah bertemu peniaga di kawasan sekitar pasar di Bandar Kota Bharu bagi dekati pengundi, Takiyuddin berkata, beliau tidak berasa terancam pendekatan dilakukan pencabarnya.



“Kita yakin dengan apa diperjuangkan dalam Pas dan kita mempunyai dasar sendiri begitu juga dengan Umno.



“Saya yakin dasar diperjuangkan Pas lebih baik kerana kita perjuangkan Islam, keberkatan, kemakmuran dan kebajikan,” katanya.



Sementara itu Calon BN, Fatmi berkata usaha dampingi rakyat bukan strategi namun sebagai seorang wakil rakyat, pemimpin perlu turun padang.



“Sekurang-kurangnya turun bertemu mereka maka kita dapat tahu pelbagai hal dan berusaha melakukan penyelesaian untuk memenuhi kehendak rakyat. Turun padang bukan satu strategi,  tapi perkara ‘natural’ (biasa) kerana kita kena tinjau dan tahu apa yang diperlukan oleh mereka (rakyat).

Sinar/-

Tiada ulasan: