28 Mei 2009

PDRM : 'Polis Raja Di-Malaysia'...

Malaysia telah menjadi sebuah negara polis, dakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham

Polis, dakwanya, bertindak menahan orang awam sesuka hati mereka tanpa menghiraukan hak asasi manusia.

Ngeh mendakwa situasi menjadi buruk, yang menurutnya, lebih teruk daripada Operasi Lalang di mana 106 ditahan di seluruh negara.

"Sekarang jumlah mereka yang ditahan kali ini mencecah 157 orang di mana 80 daripadanya adalah di Perak," katanya.

Ngeh berkata, 'Polis DiRaja Malaysia' kini dikenali oleh rakyat Perak sebagai 'Polis Raja Di-Malaysia' kerana didakwanya, menyekat sepenuhnya kebebasan bersuara dan bergerak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Malam tadi, G Haridas, 34 - pemandu setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming - dan ahli Majlis Perbandaran dari DAP, Simon Uthaya Kumar, 51, ditahan diluar pintu masuk bangunan ibupejabat di Ipoh.

Sedangkan pada waktu siangnya pihak polis telahpun menahan sejumlah 19 orang menjadikan jumlah keseluruhan tangkan kelmarin ialah 21 orang.Dari jumlah itu seorang adalah ahli parlimen dan 7 orang ADUN pakatan rakyat Perak.

Berlaku 'perang mulut' antara Ngeh, Nga dan timbakan ketua polis Ipoh, Ibrahim Abu Bakar berhubung tangkapan tersebut.

Ibrahim dikatakan memberitahu bahawa polis boleh menangkap orang ramai yang berkumpul dalam kumpulan lima orang atau lebih.

Bagaimanapun, Ngeh pula menegaskan bahawa alasan tersebut tidak boleh diterima kerana dua orang sahaja yang ada ketika (Haridas dan Simon) dan mendakwa ia merupakan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.

Insiden perang mulut antara mereka belarutan sehingga di pintu masuk Balai Polis Pusat Ipoh apabila sekumpulan wartawan ADUN Pakatan Rakyat dan orang awam dikawal ketat oleh sekumpulan FRU berseragam lengkap dipinntu masuk balai tersebut.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam! YB! Saya cukup bimbang, tindakan polis kali ini seolah olah provokasi kearah rusuhan kaum, barang dijauhkan ianya dari berlaku. UBN
buat apa pun sah belaka, kita buat perkara sah pun jadi salah. Jangan lah provok rakyat begitu sekali, nanti jadi sesuatu yang mereka sendiri tak suka.Saya amat bimbang, kepada UBN
agak agak lah dalam buat apa pun tindakan.