18 Muharram 1433H. [MOD] -
IPOH - Dua beranak dihukum satu hari penjara dan denda RM72,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan memberi suapan kepada pegawai Pejabat Tanah dan Galian di sini, tahun lalu.
Hakim Julie Lack Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Ong Eng Lin, 47 dan Ong Kien Choong, 25, setelah mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.
Bagaimanapun, beliau juga memutuskan tiga pertuduhan terhadap Eng Lin termasuk pertuduhan kedua bersama anaknya dilepaskan tanpa dibebaskan setelah pihak pendakwaan menarik balik dakwaan tersebut.
Julie Lack juga memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tambahan selama tiga bulan lagi jika gagal menjelaskan denda itu.
Mengikut kertas pertuduhan kedua, Kien Choong didakwa telah memberi satu suapan berjumlah RM12,000 kepada Penolong Pegawai Tanah, Megat Saiful Nizam Megat Wahab sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang kerana menggunakan doket tidak sah bagi pengeluaran pasir.
Dia melakukan kesalahan itu di Restoran Sabar Menanti pada jam 10.35 malam, 11 Disember 2010 di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Bagi kesalahan itu, Kien Choong dikenakan hukuman satu hari penjara dan denda RM60,000.
Manakala, Eng Lin pula didakwa memberi suapan berjumlah RM2,500 kepada individu sama atas kesalahan sama di bawah Seksyen 426(1) Kanun Tanah Negara 1965.
Dia melakukan kesalahan itu di dalam kereta Toyota Isuzu di Jalan Dato Ahmad Said pada jam 3.00 petang, 11 januari lalu. Dia dihukum bawah akta yang sama dijatuhkan hukuman sehari penjara dan denda RM 12,500.
Kedua-dua mereka diwakili peguam, Abdul Roni Abd Rahman dan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, M Kathan.
Difahamkan kedua-dua mereka membayar denda itu semalam.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan