18 Muharram 1433H. [MOD] -
KLANG - Sebuah keluarga nyaris dipatuk ular berbisa yang dipercayai menyusur masuk kediaman mereka di Seksyen U9, Shah Alam, di sini malam kelmarin.
Ular itu dipercayai masuk ke kediaman itu dan bersembunyi di bawah katil bilik tidur milik pembantu rumah berkenaan.
Pembantu yang terkejut dengan kehadiran ular itu terus memaklumkan kepada pemilik kediaman yang juga seorang ahli perniagaan sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Selangor.
Ketua Operasi JPAM Selangor, Leftenan George Varuthurni berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan jam 7.28 malam.
“Hampir setengah jam usaha dilakukan dan akhirnya reptilia sepanjang dua meter dan seberat enam kilogram berjaya ditangkap dan dihantar ke Pejabat JPAM Selangor, di Jalan Paya Barat, di sini,” katanya.
Berdasarkan pemeriksaan terhadap reptilia itu menurutnya, ular itu dikenali sebagai Keelad Rat Snake yang disifatkan jarang ditemui di negara ini.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan