18 Muharram 1433H. [MOD] -
BANGKOK 14 Dis. - Perintah darurat yang dikenakan di tiga wilayah selatan Thailand yang bergolak disambung tiga bulan lagi sehingga 19 Mac tahun depan.
Jurucakap kerajaan Thitima Chaisaeng berkata, Kabinet semalam memutuskan untuk menyambung perintah itu di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat berikutan keadaan keganasan yang berlaku di wilayah itu.
Perintah darurat diperkenalkan di wilayah itu sejak tujuh tahun lepas berikutan kegiatan puak pemisah di sana.
Lebih daripada 4,500 orang terbunuh sejak puak pemisah memulakan kempen bersenjata bagi mendapatkan kebebasan bagi tiga wilayah itu sejak tujuh tahun lepas.
Kerajaan masih menangguhkan janji untuk mengadakan pilihan raya bagi mengubah tiga wilayah itu menjadi sebuah zon pentadbiran dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam pentadbirannya.
Kerajaan membuat keputusan itu pada September selepas memenangi pilihan raya umum kerana ia mahu menangani isu keselamatan dan pembangunan secara bersepadu. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan