18 Muharram 1433H. [MOD] -
KUANTAN - Seorang ibu tunggal dihukum penjara dua hari dan didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mencuri rantai emas dan wang tunai RM400 milik seorang wanita di pos kawalan sebuah resort di Cherating dekat sini, 24 Oktober lalu.
Hukuman penjara ke atas wanita berusia 51 tahun dari Taman Samudera Timur, Batu 3, Jalan Air Putih Kemaman itu bagaimanapun bermula dari tarikh dia ditangkap 9 Disember 2011.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam turut berdepan hukuman penjara tambahan selama dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda yang ditetapkan. Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah.
Berdasarkan fakta kes, pengadu, seorang wanita berusia 48 tahun dari Gong Pauh, Kemaman menyedari seutas rantai leher dan wang tunai RM400 yang diletakkan dalam begnya lesap ketika diletakkan dalam pondok kawalan itu kira-kira jam 8.25 pagi, 24 Oktober lalu.
Pengadu mensyaki tertuduh mencurinya kerana ada ternampak wanita itu membuka begnya lalu membuat laporan polis.
Susulan laporan tersebut, tertuduh berjaya ditahan polis 9 Disember lalu dan hasil siasatan lanjut membawa penemuan lokasi barang kemas itu dilupuskan dan bahan buktinya termasuk resit dan emas yang dileburkan.
Berikutan perbuatannya itu, tertuduh dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam rayuannya, wanita terbabit merayu supaya hanya dikenakan hukuman denda memandangkan dia terpaksa menyara seorang anaknya yang masih bersekolah.
Dia juga mendakwa tidak mempunyai pendapatan tetap dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan.
Mengambil kira faktor kesalahan dan rayuan tertuduh, Tuan Zuruanini menjatuhkan hukuman dua hari penjara dan denda RM2,000 terhadap wanita tersebut.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan