14 Disember 2011

16 orang hilang akibat tanah runtuh di Colombia

18 Muharram 1433H. [MOD] -

BOGOTA 14 Dis. – Pasukan penyelamatan Colombia semalam bergelut untuk cuba menyelamatkan 16 orang yang tertimbus dalam insiden tanah runtuh di negeri Narino.

Jurucakap pihak berkuasa keselamatan awam wilayah berkata, insiden tanah runtuh berlaku ekoran hujan lebat yang melanda kawasan pergunungan itu.

Menurutnya, Colombia dilanda musim hujan sejak September lalu yang mengakibatkan berlaku bencana banjir dan tanah runtuh serta mengorbankan 144 orang. – AFP

Tiada ulasan: